Aku akan Main Nombor Sampai Aku MATI!

Itu lah kata –kata keramat seorang kaki nombor ekor dalam kisah Pintu Taubat di Astro Awani malam tadi. Kalau dah tahi judi  tuh nasihat isteri, anak-anak even ustaz pun tak masuk dah. Insaf jugak layan cerita tuh, akhirnya kaki nombor ekor tuh mati dilanggar setelah nombor yang dibeli “meletop”. Dalam keadaan tergesa-gesa gembira sebab dah menang nombor yang dipuja (syirik), belum sempat naik motor terus kena langgar teksi. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan pengajaran.
images
Barah dalam Masyarakat
Sedar atau tidak begitulah realiti sebenar dalam masyarakat kita. Sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadi kaya cepat. Tak nak berusaha, dan mencari rezeki yang berkat. Nak dapatkan nombor ni macam-macam perkara sanggup dilakukan, ada yang pergi memuja busut, kubur keramat, mintak nombor dengan bomoh Siam. Yang bestnya ada siap hantar flyers dan surat pada aku promosi bomoh siam ni boleh meramal nombor :). Banyak kali plak tu hantar tak tahulah macam mana dia dapat alamat aku nih.
Langkah kerajaan batalkan judi bola sepak tuh memang langkah bijak, kalau tak lagik parah. Konon untuk bukan Islam, tapi aku tengok kat kedai nombor ekor tuh paling ramai melayu yang beli. Muka seposen je. Kalau tak pun dia akan suruh orang lain tolong belikan.
Yang sedihnya akhbar-akhbar berbahasa melayu macam tak reti hukum, iklan keputusan nombor ekor melambak-melambak. Kalau iklan arak boleh diharamkan kenapa tidak iklan judi. PELIK kan h metro
Masa di itm dulu, ada member main judi kuda. Mula-mula untuk suka-suka, lama-lama ketagih. Hari-hari mesti nak pergi. Menangnya sedikit, kalahnya banyak kali. Bila dah menang sikit habis kat kuda juga. Kalau dah ketagih sampai habis duit simpanan. Nasihat pun tak berguna. Semoga kita dijauhkan dari judi ni, sebab sekali dah cuba tidak akan berhenti.

Catat Ulasan

0 Ulasan