Damia dan Upin Ipin

upin01 Damia favorite kartun selain dari Elmo ialah apa lagi kalau tak Upin dan Ipin. So terpaksalah papa damia dowload dari Youtube. Aku dah beli DVD Pengembaraan Bermula the geng tuh, tapi Damia kureng minat. Dia suka lagi Upin dan Ipin.
Masalahnya…..mail01
1. Dia akan bersungguh-sungguh nak tengok jugak pakai laptop papa dia. Kalau tak dapat akan melalak.So memang kena tunggu dia tido baru boleh surf internet atau buat entry.
2. Dia akan tengok berulang-ulang episod yang dia suka sahaja, contohnya Juara Kampung yang Upin dan Ipin main badminton sahaja, yang lain tak nak.
3. Apabila cerita dah habis dia akan tekan keyboard ke kadang-kadang butang off untuk start balik movie tuh. Tak pun masa tengok Upin Ipin dia akan gatal-gatal tekan keyboard bagi papa dia panassss, Makin di tegur makin dia tekan kuat kuat aduihh
4. Kadang-kadang dia tak nak tengok pun tapi saja biarkan terpasang. “Papa jagan tutup ya, Damia nak tengok lagi tau”. Bila dia main benda lain aku tutup aja dia melalak lagi
5. Dia akan tengok Upin dan Ipin sampai bateri habis. Kalau bateri habis dia akan suh kita charge plak. “Bateri dah habis, papa charge yaa”. Itu kalau mood ok klu tak ok, dia akan melalak nak tengok jugakk..
Anyway, Upin Upin ni memang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak sebab banyak memberi teladan yang baik. So as parent senang kita nak didik dan ajar dia. Contoh hari tuh, masa dia sakit gigi tuh yang tak nak makan apa pun, dek pasal tengok Upin Ipin tengok minum susu coklat baru lah Damia nak minum susu coklat. Lain tak nak. Terpaksa la aku pergi beli 2 3 kotak besar susu coklat tuh nak bagi dia minum.
Bila dia dah asyik dengan Upin Ipin senang lah nak buat kerja lain…kita panggil pun buat tak layan jerk.
damianpapa
Apa pun Papa tetap sayang Damia tau…Mmuahhh

Catat Ulasan

0 Ulasan