Salam Semua,
Seperti yang diketahui umum, kalau cakap pasal badminton ni, semua rakyat Malaysia pernah dan minat bermain badminton. Sebab utama :
1. Badminton permainan yang tidak memerlukan banyak kos, hanya perlukan dua pemain, 2 raket dan shuttle. Tidak seperti Golf atau tenis/
2, Boleh dimainkan di kawasan lapang atau di gelangang dalam dewan.
3. Malaysia ada ramai pemain badminton bertaraf dunia. Dari adik beradik Sidek ke lee Chong Wei. Compare to Squash, walaupun Dato’ Nicole David pemain nombor satu wanita but still tak ramai minat squash kan.
Dengan kata lain Badminton ni memang sukan no 1 Malaysia. Even bila ada iklan kutuk badminton Malaysia ramai yang marah. Terus takde dah iklan tuh. Penangan peminat Malaysia.
Prestasi kita di Piala Thomas memang mengecewakan. Kalah kepada Jepun dan China. Alasan yang paling kerap diutarakan tekanan/pressure dari penonton, pressure bermain di tempat sendiri, pressure dari penonton dan tekanan untuk memenangi Piala Thomas dan bermacam-macam lagi tekanan.
Dengan kehadiran 10 ribu penonton yang membanjiri stadium putra ketika menentang China, pasukan Malaysia terkulai layu di tangan pasukan China. Dengan aksi bongkak si Lin Dan memang buat hati lagi panasss. Alasan lapuk ni sudah muak peminat dengar.
Masing-masing ada personal coach masing-masing. Kalau tengok Denmark pun takde coach sebanyak kita. So alasan tak boleh nak handle pressure ni adoiii tak munasabah.
Memang tak dinafikan aku tetap menghormati Dato’ Lee Cong Wei. Dia pemain yang berkaliber, bekerja keras dan skill tinggi. Kekalahan pada Lin Dan bukan disebabkan oleh skill yang tinggi pemain poyo China tersebut tetapi lebih kepada kesilapan sendiri Lee Chong Wei. Ia diakui sendiri oleh Dato’ Lee Chong Wei. Lin Dan lebih kepada perang Psikologi. Dia tahu itu adalah kelemahan Lee Chong Wei. Main takdelah power mana pun. Harap sangat pemain Malaysia dapat meningkatkan kekuatan mental masing-masing. Fokus dan lebih berkeyakinan. Semangat daya juang yang peminat mahukan.
Semoga kita dapat menggilap pemain-pemain muda baru yang berbakat. Berikan mereka pendedahan, Please produce more talented young player. Aku masih ingat lagi apabila pasukan Indonesia memperkenalkan Simon Santoso 2 tahun dahulu, ayam gila lawan dengan Lee Chong Wei. Tetapi sekarang permainan sudah mantap dan mampu menggalas cabaran Piala Thomas.
Korea telah buktikan di Piala Uber. Pemain wanita mereka berjaya mengatasi pemain Tembok Besar China yang berada di ranking lebih baik. Tahniah di ucapkan kepada mereka kerana berjaya memecahkan dominasi China. Terdapat juga penyokong-penyokong Malaysia yang bertudung membawa bendera Korea, mungkin peminat filem Korea :)
Walaubagaimanapun, aku salute kepada penyokong Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum bersatu hati menyokong pasukan Malaysia. Mereka tidak lihat Lee Chong Wei sebagai pemain dari kaum cina atau Hafiz Hashim sebagai orang Melayu. Semua peminat melihat mereka sebagai pemain Malaysia. Dekat mana-mana pun, tidak kira kedai mamak, pejabat atau kedai makan pasti akan menyiarkan siaran langsung game badminton jika pasukan Malaysia bertanding. Semangat kesukanan 1Malaysia ini jika diserapkan dalam ekonomi, sosial dan politik akan menyelesaikan banyak masalah negara, percayalah. Negara akan lebih aman dan makmur.
Final Piala Thomas besok harap pasukan Indonesia dapat mencalar imej pasukan China.
0 Ulasan