Ketagihan Online Game di Facebook

 

Salam Semua,

app_1_247097682878_6958Ketika lepak dengan Mr AkuBetul tempoh hari, tiba-tiba timbul isu ketagihan pada game online di laman Facebook atau FB menjadi topik hangat. Masing-masing berkongsi cerita. Kami dapati bukan saja game seperti Farm Ville, Barn Buddy dan Mafia War popular di kalangan remaja dan dewasa malah di kalangan profesional juga. Tidak disangkal FB memang banyak manfaat kepada kita, laman sosial tersebut telah banyak menemukan kawan kawan lama, mengetahui status perkembangan terkini rakan-rakan dan berkongsi gamba-gambar menarik.

   n245478814571_5770

Pengalaman aku sendiri ketika ketagih bermain game seperti Barn Buddy dan Mafia War memang melekakan. Aku sanggup menghadap laptop berjam-jam semata untuk menanam biji benih dan menyiram pokok secara virtual. Serius memang addicted gila. Terutama sekali game Mafia War, aku sampai sanggup mengeluarkan belanja untuk mendapatkan coins menggunakan PayPal semata-mata untuk meneruskan permainan.

Game Free Pada Mula Tetapi Sanggup Bayar

n89126076617_8834

Antara yang diceritakan oleh En Akubetul, terdapat sahabat online beliau yang sanggup berhabis beratus- ratus ringgit menggunakan kad kredit untuk menghabiskan misi di Thailand dalam  Mafia War. Ia adala satu kepuasan dan buleh riak dengan member-member.

Aku pula sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menuai hasil di kebun BarnBuddy. Iya memang kalau difikirkan balik memang gila, sanggup berhabis duit dan masa even sanggup mengeluarkan duit untuk bermain game-game tersebut. Tetapi jika sudah addicted, tidak kira seprofessional mana pun ada, anda akan turut terjebak.

Menurut En AkuBetul lagi, ada di kalangan CEO-CEO company besar juga turut terjebak dengan aktiviti game di FB. Farmville antara yang  menjadi kegilaan mereka, menjaga kebun secara virtual dan menjaga kebun jiran masing-masing. Alasan mereka untuk lebih mesra dan mendapat kontrak perniagaan hehe.

Antara Fantasi dan Realiti

Tidak dinafikan strategi yang digunakan oleh developer-developer game di FB memang bijak. Game mereka yang mudah dan memerlukan interaksi antara rakan-rakan di FB menjadikan ianya popular. Setiap game akan mempunyai had tertentu, samada energy atau coins. Disinilah mereka akan menggalakan pemain untuk membeli coins atau energy untuk meneruskan permainan. Disinilah pemain-pemain yang sudah addcited akan terjebak. Permainan yang free pada mulanya akan jadi berbayar tnapa disedari dan dengan rela hati. Anda berada di dunia fantasi anda sendiri.

Sesungguhnya game di FB memang melalaikan, buang masa dan tenaga malah wang juga. Aku mula sedar apabila ditegur oleh seorang kawan, main game di FB ni tidak menguntungkan sesen pun. Terus aku delete semua game yang aku main dan stop sampailah sekarang. Apabila melihat kawan-kawan yang ketagih aku hanya mampu tersenyum. Semoga anda terjaga dari dunia fantasi anda :)

Catat Ulasan

2 Ulasan

JHafiz berkata…
oh, begitu kental delete game eh. susah nk jumpa orang mcm ni. Kalau dah ketagih, memang susah nk lepas...
lankapo berkata…
hehe ..nasib baik tersedar awal klu tidak lagi banyak duit dan masa habis