Seperti biasa, hari- hari weekend akan CUBA di isi dengan aktiviti berjogging. Ahad lepas kami sekeluarga telah merancang utk berjogging di Taman Perdana Hijau di Putrajaya Precint 11.
Tapi awal pukul 7 pagi sudah hujan lebat..hehe hureyy tak yah jogging..tapi dlm jam lapan lebih hujan sudah berhenti. My wife paksa jugak pergi jogging sebab nak tunjuk Taman baru nih, dia cakap cantik.
Terpaksa la jugak jogging..damia apa lagi..seronok lah dia dapat jalan, naik car mummy :) ye yeee
Papa lari laju depan, Damia kena tinggal hehe
Boleh nampak sebahagian perumahan Precint 11
Pokok-pokok masih kecil kerana baru ditanam.
View dia mmg cantik sebab tempat baru. Pokok-pokok pun masih baru di tanam.Mungkin dalam setahun dua jugak lah nak commericalised. Setelah penat berjogging, kami betolak ke Pintu satu Putrajaya, makan nasi lemak dan roti canai. Aku oder roti sardin dan nes tarik. Damia mkn nasi lemak dan milo ais. Semasa menunggu roti sardin ku sampai..pelayan datang dan letakkan roti kosong di sebelah aku. Dia tinggal kan je di sebelah aku.
Aku yang lapar mula tak sabar dan bertanya kepada wife , ini roti yg abg order ke?. Dek sebab tak tahan aku terus ngap. Dalam fikiran aku maybe pelayan tuh silap amik order.
Tiba-tiba, pelayan tuh datang balik dan bagitahu, Eh bang tu bukan roti abg, saya letak seblah abg sebab saya nak amik sudu jek..
Adui aku dengan muka selamba..lah yer ke..ingat saya punya. Muka pelayan yang bengang..haha mesti dalam hati kutuk aku tak hengat. Pastu dia tanya lagik. roti sardin camner bang ? Takper2 aku cakap..still on haha.
Tak pasal aku makan roti kosong dan roti sardin pagi tuh..penat jer jogging. Malu lah jugak sebab masa nk bayar tuh akak cashier tu siap senyum kat aku masa nak bayar.haha
sumber img - blinkstar
Moralnya: kalau order sampai salah tanya dulu hehe (jangan gelojoh haha)
0 Ulasan