Nampaknya tragedi di bulan Disember masih belum berakhir.Kali ini aku dikejutkan lagi dengan kemalangan ngeri yang mengorbankan 10 nyawa di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan ) arah utara, kira-kira 8 kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:
1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.Wan Abdullah berkata penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.
Abg sepupu aku ni seorang pegawai tentera udara, komandan kem PLKN di Arau.Dia bernasib baik. Duduk di seat bawah tetapi cedera parah. Sekarang masih di wad ICU. 4 tulang rusuknya patah.
Pemandu bas SANY Ekpress ni boleh selamba mengaku yang dia terlelap. Walaupun pelbagai alat diletakkan di dalam bas tersebut untuk mengawal kelajuan dan sebagainya tetapi kalau dah pemandu sendiri tidak ada kesedaran dan tanggung jawab, maka tiada gunanya,
Jawapan saya terlelap tidak cukup untuk diberikan kepada 10 nyawa yang melayang disebabkan kesilapan pemandu tersebut. Pemandu bas perlulah berada dalam keadaan yang betul2 fit untuk memandu. Bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Bukannya bawak anak ayam …sedar lah syarikat bas sekalian..
0 Ulasan