7 Tips Untuk Suami yang tak dapat tengok bola di malam konsert Astro

Akademi Fantasia

Image via Wikipedia

Petang semalam, semasa lepak di opis untuk bermain ping pong. Salah seorang teman meluah perasaan kerana tidak dapat tengok bola kerana wife nak tengok Konsert Akademi Fantasia ke 7.

Dilema para suami menjadi topik perbualan kami. Ramai yang sudah menghafal nama-nama pelajar AF 7. Dari Aril ke Isma ke Hafiz dll meniti bibir masing2. Termasuk lah aku, terpaksa kenal dah hari2 tengok Diari AF.

Ada yang terpaksa buat agreement dgn isteri, kalau team favourite main Konsert AF tolak tepi. hehe. Kalau hari lain terpaksa la layan walau rock /brutal macam mana pun.

Yang bujang pulak kutuk2 member sebab kena or terpaksa tengok AF. Dia belum kawin lagi, nanti tahu la. Sekarang ni bulehla. Suami yang baik mesti ada toleransi dan bijak menangani masalah rumahtangga.

Aku teringat masa berdating dengan wife aku dulu di kedai mamak. Masa tu ada konsert AF 2 rasanya. Terdapat sepasang suami isteri dan seorang anak mereka sedang makan di meja hadapan kami. Aku tengok si isteri sedang asyik meononton konsert sedikit pun tidak menoleh kepada anak yang sedang berlari-lari dalam kedai itu.

Si suami lah yang sibuk memerhatikan dan menjaga anaknya itu. Memang kalau dah fanatik tuh, anak pun tak kisah dah. Apabila di kenang balik, lawak pun ada. 

Di sini aku ingin nak share lah tips, buat para suami yang tak minat sangat/terpaksa minat/jaga hati isteri ketika Konsert AF berlangsung :) dankorang tak dpt tgk bola. Kalau berkeras jugakkan kena tido luar so macam mana tuhh

Relaks, bola ada ulangan hehe..Jom cek apa yang anda buelh buat. :

1. Quality time dengan anak. Aku lah contohnya, suka mengambil kesempatan ini untuk bermain dan bermanja2 dgn Damia. Layan keletah dia, ajar dia flash card , ajar dia menulis. Sampai ada suatu hari tuh, dia dah pandai conteng dinding dah. pic@N95606

Duduk di sebelah tangga sambil melukis di dinding. Macam-macam bentuk ada. Bila wife aku cerita, nak tergelak pun ada. Tak sangka besar tuh dah pandai menunjukkan bakat.

pic@N95609

Pastu, mummy Damia akan bising sebab aku tak marah Damia hehe.Damia plak klu dah buat salah, mula lah buat muka cute, menyengih menampakkan gigi kapak yang sebantang hehe.

2. Browse Internet. Apa lagi masa ni lah bukak laptop dan cek email ke, layan teman chat ke. Masa ni Damia dah tido, so aman sket nak main internet. Aktiviti yang aku suka ialah melawat blog2 di Entrecarder sebab selepas ni creditnya buelh ditukar kan kepada money2 hehe.

286892_1436

Tak pun aku rajin carik bahan untuk buat blog.Biasanya  carik bahan yang update blog Adsense aku.

3. Main game di laptop. Ni bagi yang takder broadband kat rumah la. Buleh install macam-macam game apa. War Craft pun bleh , layan je kan. Sementara menunggu 2 3 jam waktu. Dulu aku gila main Championship Manager, game ni mmg aku addict la. Buleh satu hari mengadap tak berganjak dari kerusi. Mau lebam bontot..

4. SMS kawan-kawan & keluarga- Ini pun antara alternatif yang bijak. Masa ni buleh call mak n abah di kampung, tanya khabar semua.

SMS kawan-kawan bila nak lepak minum di hujung minggu. Planning nak main ping pong ke, best jugak tuh. Plan aktiviti menarik di hujung minggu yaaa :). Tak pun tanya result bola hehe

5. Mengemas Rumah.  Ini kalau dah boring and tak tahu sangat nak buat apa, kemas rumah pun ok apa. Basuh pinggan dan kemas mainan anak-anak. Ini merupakan tips yang paling bijak, kerana isteri anda akan lembut hati apabila melihat anda. Bila anda suruh buat air kopi ke untuk menonton perlawanan bola di tengah malam mesti dia happy jek. Kadang-kadang buleh mintak urut lagi. Pastikan anda lakukannya dengan ikhlas :))

6. Baca paper atau majalah. Oklah katakan anda ini terlalu ego/macho untuk mengemas rumah. Ini kira tips yang mudah lah, baca lah paper ari nih dari muka depan sehingga ke muka belakang.

Ini kerana konsert dari pukul 9 hingga ke pukul 11, so saya nasihatkan anda baca iklan2 sekali yer hehe.

7. Join Sekaki. Tips ini tidak saya galakkan tetapi jika 6 tips di atas sudah anda lakukan dan konsert AF masih lagi tidak habis. Tonton la bersama isteri anda, at least tunjukkan minat anda walaupun terpaksa seperti saya hehehe.

 Snapshot of me 1

Isteri memerlukan belaian kasih sayang kita, bukannya dengan menunjukkan keegoan bererti kita suami yang baik.Nabi dulu pun sangat lemah lembut dengan isterinya.

So fikir2kan la yer :)

Catat Ulasan

2 Ulasan

Yaya berkata…
he he syg abg...!...

abg wat le ape yg patot eh ..

apepon afundi aril yeayyyyhhh
Tanpa Nama berkata…
yea yea.. lan tq yea.. kuin nak bagi tips ni kat tunang i.. hehe masalahnya kami 22 layan bola wakakakka.. af xbest sangat...