Kadang-kadang aku rasa, tua sangat ke aku nih sampai semua meluah masalah kat aku ni...lek lahh belum cecah 30 lagi :). Tapi kadang-kadang kesian jugak bila mendengar masalah diorang ni, kadang-kadang aku pun takut tersilap atau tersalah memberi pendapat atau idea.
Biasanya kalau suami yang ada affair ni(yang belum kantoi), aku suruh la si siteri chek dulu(muhasabah diri), kelemahan diri. Mungkin ada kesilapan yang dilakukan, yang dia tak sedar. Mungkin layanan kurang memuaskan, selalu marah-marah suami, makan minum tak terjaga ker. Betul kan dulu mana yang mampu dan patut.
Lepas tu baru bincang dengan suami, apa masalah sebenarnya sehingga menjalin hubungan luar. Heart to heart discussion. Bincang elok-elok moga dapat mencari jalan penyelesaian.
Bukan apa, penceraian bukan lah satu-satunya penyelesaian. Apa lagi kalau yang dah ada anak 2 3 orang. Kesian mereka menjadi mangsa.Kadang-kadang orang laki ni dia lupa dia dah ada anak bini, so make sure kaum-kaum ibu ingat kan status mereka.
Kalau setakat masalah dengan bf ni, aku tak berhati-hati sangat. Sebab masing-masing baru nak kenal hati budi, perasaan ingin di sayangi, merasa putus dan kecewa. Ini semua part of life. Menjadikan kita lebih kuat dan matang. So aku akan cakap biasalah tuh.
Bayangkan kalau belum kahwin dah kena marah,pukul,kena control buat apa kan. Ada plak yang sponsor bf dia, duit nak buat bisnes,telefon,modal,kereta dan macam2 lagi. Bf ni nama dah kena black list tak leh buat loan. Gf dia ni lah yang tolong buat loan kan. Bila gf ni ada masalah duit, bf dia bleh marah-marah.
Itu semua dilakukan atas sebab sayang. Itu bukan sayang namanya itu namanya bangang. Pada aku kalau masa couple pun tak bahagia baik putus je. Kita nak hidup 20 30 tahun lagi dengan pasangan kita, bukan sehari. Am I right ?
Terpulang lah pada hati masing-masing, aku mampu bagi nasihat yang terbaik pada aku. Korang plak camner? pernah ada pengalaman ..
3 Ulasan
http://www.halffry.blogspot.com