Weekend lepas(26,27 July 2008), kami sekeluarga bertolak ke Bentong untuk menyertai sambutan ke 10 tahun kelab hiking and camping club aku semasa di UiTm dulu.
Setelah bersusah payah merancang dan mengatur strategi akhirnya Eco Dusun Resort dipilih mengantikan Cherating.Dekat je, tepi Karak highway. Aku memperkenalkan Damia kepada rakan-rakan HACC yang lain. Seronok betul Damia bila ramai yang melayan dia.Mula-mula risau jgak takut nyamuk,dalam hutan maklumlah kan.
Actually, ramai yang bawak baby hanya stay untuk sehari jer, Damia je yang stay tido kat chalet. Ramai juga alumni yang hadir pada frst day tu, mengembalikan nostalgia era kegemilangan kelab camping ni.Bila dah berkumpul tuh, macam-macam pengalaman di kutip semula. Mana yang lucu akan di bantai gelak ramai. Memang seronok lepak ramai-ramai.Ada yang dah lama tak jumpa, bila jumpa dah bertukar profisien, ada yang dah nak jadi pilot lah, buat Phd la dan macam-macam lagi.
Aktiviti memang santai, Paintball,Karaoke, Makan BBQ dan Kambing Golek, Makan Durian dan Flying Fox.
Aper2 pun Gud Luck rakan2 HACC sekalian, semoga persahabatan ini akan kekal hingga ke anak cucu. I don’t have many true friends nowdays. Working in a small company, my friend in UiTM were just 2 classes. Ada yang dah kawin, sibuk dengan family,so jarang berjumpa. So I got to admit that, I really enjoy myself when with them. Miss my camping days heheh
0 Ulasan