IKTIBAR YANG MENGINSAFKAN

Ambillah sebagai pengajaran .Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya.Apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.

* Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke tabung-tabung derma tetapi begitu kecil nilainya bila kita bawa ke supermarket.

* 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan TV.

* Betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah, tamrin atau liqa' fikri tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton TV di rumah.

* Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu Munajat atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

* Betapa susahnya untuk membaca Al-Quran 1 juz sahaja tetapi kita sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk membaca majalah hiburan, surat khabar dan novel.

* Kita perlu undangan seawall 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu, mesyuarat dan program jamaah supaya kita boleh menyusun agenda kita, tetapi kita boleh mengubah jadual kita untuk acara lain seperti annual dinner atau high tea bersama dengan orang-orang kenamaan.

* Susahnya kita hendak menyebar dakwah, tetapi betapa mudahnya kita menyertai dan menyebarkan gossip atau khabar angin.

* Kita begitu mudah mempercayai apa yang dikatakan dalam e-mail laying di Internet ataupun di dalam surat khabar, tetapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran.

* Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai dalam e-mail, tetapi kita sering berfikir 2-3x untuk mengirim artikel-artikel yang berkaitan dengan ibadah.

* Semua orang ingin masuk syurga tetapi tidak mahu beribadah, beriman dan mentaati perintah Allah Taala.

Catat Ulasan

0 Ulasan