Dari Ketupat Palas Tangkak ke Lemang Kampar

Ketupat bukan sebarang ketupat, ketupat dianyam di depan rumah.

Lemang bukan sebarag lemang, lemng dibakar di tepi sungai..

Pengalaman beraya tahun ini lebih menarik kerana tahun ini aku dengan secara rasminya mempunyai 2 kampung. Tangkak dan Kampar. Mukadimah raya pada 1428 dimulakan di Tangkak dan raya ketiga di Kampar.

Beraya di kampungku, tahun ini lebih meriah kerana di rumah baru yang lebih besar. Kami berpindah 2 hari sbelum raya. Walaupun nampak pelik, tapi pada aku ia praktikal. Semua adik beradik ada,semua lelaki pulak tu so apa lagi.Walaupun letih, aku dan adik beradik yang lain tetap bersemangat.Rumah teres baru kami lebih selesa dan lapang.

 Di kampar, aku rasa sangat bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman beraya di Perak. Beraya sakan ke rumah saudara mara oleh ibu mertuaku, menyebabkan aku tersentuh. Dari rumah adik beradik,jiran lama,keluarga angkat semua di ziarah dalam suasana benar-benar mesra. Aku walaupun ahli baru dalam keluarga ini tidak terasa asing, kerana aku sudah dianggap seperti ahli keluarga. Cuma aku yang agak kekok.

Lemang yang di cari oleh isteriku akhirnya berjaya ditemui di Kampar. Di Tangkak, Ketupat palas adalah wajib, dan untuk keluarga kami, ketupat dianyam dan dimasak sendiri. Sebagai satu-satunya waris menganyam ketupat dari abah aku, tugas menganyam dijalankan dengan jayanya. Cuma tahun ni  ada bantuan tambahan  dari adik ipar aku.gambo raya

Catat Ulasan

1 Ulasan

Yaya berkata…
hehe tak sangka la syg..1st time beraya kat johor..dah sarat mengandung 8 bulan lebih..:)), raya haji ni lebih meriah sbb kita dah ade baby..insyaAllah, amin.