Surau di kawasan tempat aku tinggal (Taman Lestari Permai) baru sahaja siap tahun ini. Sesuai dengan ketibaanya Ramadan. Balik sahaja dari kerja terus bersiap untuk Solat Isyak, sampai sahaja aku di surau aku terkesima dan terharu pun ada. Penuh kereta parking di bahu bahu jalan. Aku pun terpaksa mencari parking yang agak jauh.
Dalam berjalan kaki melewati Taman permainan kanak kanak yang terletak bersebelahan surau, terdetik dalam hati mesti penuh sampai ke luar ni. Memang benar seperti yang diduga, setiap inchi simen dipenuhi dengan manusia. Aku lihat AJK surau sedang bertungkus lumus mencari ruang kosong lain untuk di letakan tikar. Aku hampir berpatah balik, tapi mengenangkan dah sampai, Aku kuatkan semangat dan tekad.
Akhirnya kesabaran aku berbaloi, ada tikar kosong yang dibentangkan di sebelah bangunan tandas. Siap ada bau tambahan lagik. Dalam hati aku takperlah janji niat kena betul.
Nampaknya semangat orang kita di malam pertama memang tidak dinafikan.Harap dapat dikekalkan, jangan setakat malam pertama sahaja.
0 Ulasan