wa'alaikumussalam
Ye benar, ia tidak boleh dianggap dharurat. Malah jika kita meneruskan demikian maka kita dikira bersyubahat bagi memakmurkan lagi amalan haram rasuah ini. Adapun berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini...maka saya nasihatkan agar membaca erti firman Allah ini..
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana mempersekutukan Allah) , maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28)
Lihatlah, bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian (atau tak dapat kontrak), Allah menguji keiman umat Islam terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezseki adalah Allah selagi kamu bertaqwa .. Sebuah ayat lagi menyebut :-
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... ( At-Talaq : 2-3)
Jelas, kuatkan iman dan banyakkan tawakkal, saya pernah bertugas di Ingress Corporation berhad. Syarikat ini begitu teguh mengelak dari rasuah (setakat pengetahuan saya), hinggakan banyak kali mereka gagal mendapat kontrak yang biasanya diperolehi oleh syarikat Cina yang menawarkan rasuah, tetapi berkat kesabaran dan berpegang dengan prinsip Islam ini, mereka akhirnya berjaya menembusi pasaran Thailand dan Indonesia, malah keuntungan berlipat kali ganda pula selepas itu. Itulah fakta yang berlaku depan mata saya yang cukup menarik.
Bagaimanapun perlu saya ingatkan terdapat sedikit kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam hal rasuah seperti berikut :-
Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti "Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja" (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad.
Sekadar itu dahulu
Ust Zaharuddin Abd Rahman
11 Sept 2006
1 Ulasan
last time aku takleh tag ko nyer blog sbb ko tak beta lg