Kaitan antara Kulit, Tidur dan Gemuk




Kulit membaiki sel-selnya ketika kamu tidur. Malahan kegiatan membaiki sel-sel berada pada kemuncaknya ketika kamu sednag lena tidur. Fasa tidur yang biasa membolehkan badan kamu mengekalkan putaran hormon yang normal, yang mana berkaitan rapat dengan kulit sihat.

Kajian menunjukkan paras hormon berubah turun naik apabila corak tidur terganggu. Dan ini ada kaitan denagn jerawat dan masalah kekeringan. Lagipun, apabila kamu cukup rehat, kamu akan kurang stress yang mana biasanya memberi kesan pada kulit.

Tahukah kamu cara tidur boleh memberi kesan pada kulit wajah.: Dermatologist boleh mengenal bahagian sebelah muka yang mana kamu selalu tidur dengan melihat pada kedutan di wajah kamu. Untuk mengatasi masalah ini, amalkan tidur menelentang mengunakan bantal besar lembut, bukan sintetik bersarungkan satin.

Cukup tidur juga boleh membantu mengelak kenaikan berat badan. Menurut penulis buku Woman Guide to Sleep Disorder, Dr Meir Kryger kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menaikkan selera dan menjurus kepada kegemukan. Katanya, kajian terbaru dari dari Universiti Stanford mendapati mereka yang makin kurang tidur, lebih gemuk. Kenapa? Tempoh tidur yang pendek mengubah paras kawalan hormon selera iaitu leptin dan gherilin, membuatkan seseorang mahu makan banyak. “ Badan melaui beberapa perubahan hormon dan metabolik ketika tidur, dan apabila kurang tidur, ia akan menganggu proses ini.” Ujarnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan